:: 25 weeks ::
kejap je dah masuk 25 minggu cepatnyer masa berlalu...huhuhu ni lagi info tuk 25 minggu mengandung INFO BAYI : Sel otak bayi terus berkembang dan menjadi kompleks. Tulang semakin keras. Bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang ada sekitar mereka. Jika bayi banyak tertelan cecair tu, bayi boleh tersedu. Bayi sekarang ukuran sekitar 34cm n 600gm TUBUH KITA: Kelihatan berseri-seri n bercahaya (*huk...tipu...jerawat penuh 1 muka...huhuhu*) kerana peredaran darah bawah kulit. Tekanan pada pundi kencing Kekejangan, sakit belakang (*sedang berlaku*) dan pedih ulu hati semakin kerap Untuk pengetahuan semua, pada bulan pertama seseorang ibu menyusukan anaknya kira2 sejumlah 600ml dalam sehari, ia meningkat menjadi 800ml hingga 1liter sehari pada bulan keenam. Kuantiti susu ibu ini tidak akan berkurang selepas 6 bulan. So mama harap tuk adik cik fenny ni dapat bg fully breastfeed...yeahhh...chaiyok2!!!!