:: Susu Ibu - Perkembangan Memberangsangkan ::
*Bayi lebih cepat berjalan*
Dua kajian menunjukkan bayi yang meminum susu ibu lebih cepat jalan berbanding bayi yang meminum susu botol, sekalipun selepas mengambil kira perbezaan berat badan antara kedua-dua kumpulan itu, dan dikecualikan bayi yang ibunya keluar bekerja (kerana bayi itu mungkin kurang dirangsang untuk berjalan)
*Perkembangan pertuturan lebih baik*
Masalah pertuturan sering dialami oleh bayi yang meminum susu botol kerana ia cuba memperlahankan aliran susu daripada puting botol susu. Ini boleh membawa kepada masalah pertuturan selain masalah pernafasan mulut, tergigit bibir, penyakit gusi dan penampilan yang tidak menarik.
*Kemahiran bergaul*
Kajian di Hungary mendapati penyusuan ibu dalam tempoh 3 bulan pertamakehidupan bayi meningkatkan kematangan bergaul seseorang kanak-kanak (selain psikomotor, iaitu pergerakan fizikal, kemahiran). Ini digalakkan melalui sentuhan ketika menyusu (ibu yang menyusukan anak perlu memeluk erat bayi beberapa kali dalam sehari). Ketika lahir, bayi hanya melihat dalam jarak 12-15 inci iaitu jarak antara dirinya dan wajah ibu yang sedang menyusukannya. Ini memulakan jalinan kemanusiaan yang penting bagi bayi.
*Pembentukkan gigi dan rahang yang sempurna*
Menghisap susu ibu baik untuk perkembangan gigi dan rahang bayi. Bayi menyusu menggunakan lebih banyak tenaga untuk mendapatkan makanan berbanding bayi yang menghisap botol. Memandangkan otot rahang bayi bergerak ketika menghisap susu ibu, gerakan itu merangsang pertumbuhan rahang yg terbentuk dengan sempurna dan barisan gigi tersusun rapi dan sihat. Semakin lama seseorang bayi menyusu dengan ibunya, semakin rendah risiko ia mengalami 'maloklusi' (perkembangan mulut rahang tidak normal). Ramai pakar melaporkan mereka kurang melihat masalah seumpamanya di kalangan bayi yang meminum susu ibu. Dalam satu tinjauan membabitkan hampir 500 orang kanak-kanak yang mengalami masalah maloklusi, hanya dua orang meminum susu ibu.

Comments