:: Resepi - Biskut Bunga Cina @ Biskut Dahlia @ Biskut Semperit ::

1st time buat
resepi ni amik kat blog MASAM MANIS
nama asal BISKUT BUNGA CINA
tp rasa ala2 biskut dahlia n semperit la

ni hasilnya

ni tukang letak ceri
tp kejap je
pasti mintak p main basikal

yg ni pun sama
hehehehe

nak resepi?

RESEPI :
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose *mama guna esen vanila je*
1 biji telur 

Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi

Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink ~ jika suka
sedikit putih telur *letak pun*

Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka

Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C 

Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah di atasnya

Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna *mama nyer oven suhu 140C dgn 15 minit...so tgk pada oven la*



Comments

Popular posts from this blog

:: SHOPPING - TILE MURAH ::

:: HOME - SURVEY - HOUSES OF LIGHTING PUCHONG ::

:: Tewah - Tempah Langsir for Living ::