:: 24 weeks ::

waaa....dah masuk 6 bulan rupanya...kejap je masa berlalu
so ni ada sket info tuk mama kongsi bersama

INFO BAYI :
Bayi semakin lasak bergerak (*yup...bby dlm perot mmg aktif)
Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. (*ari tu mama dengar masa nurse check perot) Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi sudah menjangkau 500gm dengan panjang 33cm....

TUBUH KITA:

Bertambah berat 1/2 kilo seminggu
Kaki mula rasa tegang sbb berat badan kita bertambah

kredit tuk BUKU 40 HARI NAN INDAH keluaran karangkraf...n buku ni sangat bagus

kalu ikutkan this week mama dah boleh prepare barang2 baby, but jantina pun xtau lagi...so hold dlu la.kang salah beli susah. lagipun cik fenny punyer pun bnyk lagi yang boleh pakai..*kalu adik dia pun gurl la*..if not..terpaksa mama sopin again...huhuhuhu
Dulu mama beli barang sedikit demi sedikit sbb bile dah sarat nanti mama tak yah sopin dah. ikut pengalaman gak, jangan banyak beli saiz new born sebab baby cepat membesar dan pilih fabrik yang sesuai. Fesyen pakaian biarlah ia senang di pakai dan ditanggalkan. Yang paling penting, fabrik kene sesuai ngan cuaca kite yg x menentu ni. Kalau nak beli barang-barang baby yang lain, kene tengok la bajet kite n kalau boleh biar berkualiti sket coz kite nak pakai benda tu berulang kali (*tuk adik-adiknya jugak). Contoh stroller...bagi yang mampu leh la beli ribu raban...but bagi yang sederhana (cam mama) beli ikut bajet iaitu dari segi ruang bonet kete n ruang stor tuk ia tidak digunakan kelak. Bagi mama cukup kalau stroller tu selesa tuk baby n fungsi pelbagai n menarik, yang paling penting boleh tahan lasak.
Untuk jimatkan kos lagi, beli la masa warehouse sale...sbb sangat berpatutan.
Ok, tu je sedikit info yg mama leh kongsi

Comments

Josh Healy said…
Hi, hope it's OK to contact you here. We would love to include your blog on our giveaway search engine: Giveaway Scout (http://www.giveawayscout.com). Have a look and if interested, use our online form to add your blog (http://www.giveawayscout.com/addblog/ ). thanks, Josh

Popular posts from this blog

:: SHOPPING - TILE MURAH ::

:: HOME - SURVEY - HOUSES OF LIGHTING PUCHONG ::

:: Tewah - Tempah Langsir for Living ::