:: cinta lelaki cicak ::

hmmm...ni kali ke2 saya taip entry ni sbb tadi tetibe pc ni ter 'restart' dengan sendiri. sebelum balik kelantan, saya sempat tengok cinta dan lelaki cicak. cinta memang best.seperti yang di war-warkan.tidak rugi untuk saya melihat cerita ini.kalau dapat peluang untuk tengok sekali lagi pun saya sanggup.saya suka jalan cerita dan skripnya.tidak seperti cerita melayu yang lain.cinta mengisarkan kehidupan masyarakat sekarang...cinta tentang semua...cinta dan kasih sayang...ada ketika sedih...ada ketika gembira...tima kasih en md azhari sham kerna teman saya tengok cerita ni...hehehe...

lelaki cicak...hmmm...atas permintaan adik saya en md azhari sham belanja dia tengok lelaki cicak a.k.a cicak man.saya hanya sebagai peneman...hehe...tapi saya suka cgi cite ni.lawa...dan saya berbangga kerna kita mampu hasilkan filem yg sebegini...wpun ada yg mengkritik ia seakan sama dengan cerita hero hollywood...namun saya tetap dengan pendapat saya...ia satu pencapaian tuk filem kita.(setiap orang ada pendapat mereka sendiri...)...mungkin cerita ini ada sambungannya sebab watak dr klon tidak tamat...hmmm...kita tunggu dan lihat. br saya faham kenapa ia dinamakan dr klon...rupannya dia suka mengklonkan orang dan juga haiwan...hmmm...dr klon cuba menguasai bandar metrofulus dengan mengklonkan menteri. niat dia ini diketahui oleh hairi dan danial.pada masa yang sama hairi merasakan dirinya berubah....hmm..danial bertindak sebagai penyelamat hairi....di sini menunjukkan persahabatan lebih penting dan menyelamatkan bandar metrofulus menjadi pilihan lelaki cicak.....tidak rugi menonton cerita ini...ia merupakan cerita komik yang bersesuaian untuk kanak-kanak terutamanya....selamat menonton....

**saya tertunggu-tunggu cerita harry potter.....

Comments

Popular posts from this blog

:: SHOPPING - TILE MURAH ::

:: HOME - SURVEY - HOUSES OF LIGHTING PUCHONG ::

:: Tewah - Tempah Langsir for Living ::